FILEM KL Wangan
Amirul Haswendy Ashari.
haswendy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Kos pembikinan filem KL Wangan arahan Pekin Ibrahim, 36, didakwa sudah meningkat kepada hampir RM7.1 juta, penambahan hampir RM200,000 dari kos asal.

Ia susulan pengarah dan pelakon itu menambah 60 shot baru yang membabitkan babak aksi pertarungan yang memulakan penggambarannya semalam. Babak tambahan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh empat hari, minggu ini.

Pekin ditemui di set filem itu berkata, pertambahan babak itu untuk memantapkan lagi filem kedua arahannya selepas Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit, dua tahun lalu.

"Kebetulan saya bertemu dengan pelakon aksi Indonesia, Donny Alamsyah di AIFFA (Festival Filem Antarabangsa Asean) di Sarawak beberapa bulan lalu.

"Kami menawarkan Donny dan pasukannya untuk bekerjasama dengan kami dan mereka bersetuju," kata Pekin mewakili penerbit filem, Centro Pictures Sdn Bhd.

Donny Alamsyah adalah pelakon aksi popular Indonesia yang pernah muncul dalam filem aksi berjudul Merantau dan The Raid: Redemption.

Filem KL Wangan dijangka ditayangkan selewat-lewatnya pada bulan Disember tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Julai 2017 @ 12:40 PM