X
Hayati Ibrahim


BACAAN kali kedua bagi pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat untuk mengawal selia perkhidmatan

Uber dan Grab menggunakan aplikasi 'e-hailing' (e-panggilan) akan dibentangkan untuk kelulusan

Parlimen selewat-lewatnya Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pindaan itu turut

membabitkan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

"Kita minta pengusaha Grabcar dan Uber bekerjasama dengan pemandu teksi kerana saya

dimaklumkan mereka mengadakan pertemuan dan perbincangan beberapa kali termasuk dengan

persatuan teksi di Sabah dan Melaka baru-baru ini.

"Niat kerajaan adalah membantu pemandu teksi terutama membabitkan isu pendapatan mereka yang

terjejas selepas kewujudan Grab dan Uber, kita tidak mahu meminggirkan sesiapa.

"Jadi, kami mahu mereka bekerjasama, malah pemandu teksi juga boleh untung kerana mendapat

manfaat menerusi e-hailing selain mengambil penumpang di jalanan," katanya pada sidang media selepas

Majlis Rumah Terbuka Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), di

Cyberjaya, hari ini.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman.

Bagaimanapun, Nancy berkata, maklumat lanjut mengenai pindaan RUU berkenaan akan dimaklumkan

ketika pembentangan nanti.

April lalu, Nancy membentang RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan RUU

Pengangkutan Awam Darat 2010 bagi menjadikan perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan Uber

sebagai sah di negara ini untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Pindaan itu antara lain mengesyorkan supaya syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing yang gagal

memberi maklumat lengkap mengenai kedudukan kewangan dan memastikan keselamatan penumpang

boleh didenda RM500,000 atau penjara tiga tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Julai 2017 @ 7:30 PM
Digital NSTP Subscribe