Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (kiri) bersalaman dengan sebahagian jemaah haji di Majlis Meraikan Keberangkatan Jemaah Haji negeri Sabah ke Tanah Suci di Tabung Haji (TH) Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah
Amniera Naziera Amran


SERAMAI 160 jemaah haji dari Sabah berlepas ke Jeddah kira- kira 1.30 pagi ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Kota Kinabalu.

Penerbangan menggunakan pesawat MAS MH 8008 itu adalah penerbangan pertama bagi jemaah haji di negeri ini dan ada lima lagi penerbangan akan menyusul bagi jemaah haji yang akan berlepas ke Madinah.

Penerbangan balik jemaah haji pertama dijadualkan pada 11 September manakala penerbangan kedua akan tiba di tanah air pada 12 September.

Secara keseluruhannya seramai 1,300 jemaah haji negeri ini yang membabitkan enam penerbangan yang mana semuanya akan tiba di Madinah dan tidak ada penerbangan ke Makkah pada tahun ini.

Keberangkatan jemaah itu turut diraikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2017 @ 11:58 PM