Penguat kuasa KPDNKK memeriksa stor haram yang dijadikan lokasi penyimpanan LPG bersubsidi. FOTO ihsan KPDNKK
Shamsul Munir Safini


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang melumpuhkan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di sebuah stor haram di Jalan Kerian Kedah, Jawi, 4 petang semalam.

Dalam serbuan itu, KPDNKK dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Utara menyerbu stor menyimpan LPG di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran sebuah kuil.

Jurucakap KPDNKK berkata, pihaknya merampas 157 tong LPG 50 kilogram (kg) dan 23 tong LPG 12 kg di lokasi berkenaan.

Katanya, pihaknya juga merampas sebuah lori serta beberapa peralatan lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan tanpa kebenaran dan nilai rampasan berjumlah RM42,720.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2017 @ 12:52 PM