PEK kad Boboiboy Galaxy yang diperkenalkan.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


ANIMONSTA Studios Sdn Bhd (Animonsta) memperkenalkan kad Boboiboy Galaxy yang membolehkan peminat mengumpul koleksi dan bertarung menerusi kuasa karektor animasi terbabit.

Pengarah Eksekutif, Mohd Safwan Abd Karim, berkata, syarikatnya sudah mengedarkan lebih 4.5 juta pek kad yang mana setiap pek mengandungi enam kad karektor dengan jumlah kuasa tertentu.

“Kad permainan Boboiboy Galaxy boleh didapati menerusi peruncit dilantik dengan 54 kad berbeza boleh dicantumkan menjadi poster besar,” katanya ketika ditemui sempena Festival dan Persidangan Kandungan Kreatif Asia Tenggara 2017 (Kre8tif!) bermula sekarang hingga 12 Ogos ini.

Katanya, Animonsta turut mewujudkan video khas cara bermain kad terbabit dalam saluran YouTube Monsta.

Animonsta yang diasaskan di Malaysia menerbitkan siri animasi Boboiboy yang popular di kalangan masyarakat di Asia Tenggara.

Syarikat sama juga memperoleh lesen untuk mengedarkan produk Pokemin melalui kerjasama anak syarikatnya iaitu Monsta Licensing bersama-sama dengan The Pokemon Company.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Ogos 2017 @ 7:31 PM