Najib menyerahkan Jalur Gemilang kepada pendaki sambil diperhatikan Mas Ermieyati (kiri) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Mohd Shahril Badri Saali
Fairul Asmaini Mohd Pilus

Kuala Lumpur: Demimu Malaysia. Sekumpulan enam pendaki wanita negara akan menggalas cabaran menakluk puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus di Rusia sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60, 31 Ogos ini.

Gunung setinggi 5,642 meter itu adalah salah satu daripada tujuh puncak tertinggi di tujuh benua.

Misi kempen Kembara Srikandi Prihatin (KSP) oleh Persatuan Kembara Negara (PKN) bermula 23 Ogos hingga 5 September itu turut mendapat sokongan Pergerakan Puteri UMNO serta Harian Metro sebagai akhbar rasmi.

Ia juga adalah salah satu program di bawah projek Negaraku, Pejabat Perdana Menteri.

Majlis penyerahan Jalur Gemilang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Pengarah Kempen KSP Ummu Farah Haidar Zulkifli di Menara Dato' Onn di ibu negara, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Presiden PKN Tan Sri Khalid Yunus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Ogos 2017 @ 7:55 PM