Idris (tiga dari kiri) diiringi Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar (empat dari kiri) mengadakan lawatan ke bilik kuliah dan meninjau kerjasama industri dan akademik ketika mengadakan lawatan kerja ke UTM.
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Seramai 3,300 penduduk di Kampung Senok Bachok, Kelantan akan memperoleh manfaat menerusi penyelidikan berkaitan sistem penyahgaraman air laut atau Seawater Desalination (SW-DS) dibangunkan penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sistem berkenaan buat pertama kalinya akan dibawa ke perkampungan berkenaan sempena majlis pelancaran diadakan pada 29 Ogos ini untuk kegunaan penduduk setempat.

“Sistem penyahgaraman air laut akan dilancarkan pada 29 Ogos ini di sebuah kampung di Senok, Kelantan yang tidak memiliki bekalan air langsung.

“Buat pertama kali sistem yang dicipta UTM akan dibawa ke negeri berkenaan dan akan memberikan bekalan air bersih untuk penduduk kampung,” katanya sempena memorandum perjanjian dan persefahaman teknologi membran bagi sistem penyahgaraman air laut, semalam.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Teknologi Membran Termaju (AMTEC), UTM, Profesor Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, penghasilan sistem rawatan air bersih dan selamat itu adalah hasil teknologi penyelidik tempatan dibiayai sepenuhnya Kementerian Pendidikan Tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Ogos 2017 @ 4:53 AM