Kad TnG dan peralatan yang dirampas. FOTO ihsan JSJK
Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menumpaskan sindiket pemalsuan kad Touch n Go (TnG) selepas menahan lima lelaki di di Bukit Mertajam, 3.30 petang Rabu lalu.

Semua suspek berusia 29 hingga 55 tahun itu terdiri daripada empat warga tempatan dan seorang warga Indonesia.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya turut merampas 264 kad TnG yang dianggarkan mengandungi nilai lebih RM200,00.

"Mereka dipercayai menghasilkan kad klon dan membuat tambah nilai secara tidak sah ke atas kad tulen yang dibeli pada harga minimum.

"Kad berkenaan akan dijual kepada pelanggan dengan harga diskaun antara 20 hingga 30 peratus," katanya.

Beliau berkata, siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan masih dijalankan dan semua suspek direman selama empat hari bermula 9 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Ogos 2017 @ 5:50 PM