FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


NELAYAN dikhuatiri lemas apabila tidak pulang selepas keluar dari pengkalan nelayan di Kampung Jambu Bongkok, dekat Marang, hari ini.

Zakaria Omar, 58, yang berasal dari Kampung Jambu Bongkok, keluar menahan pukat, kira-kira 4 pagi, Sabtu.

Isterinya, Farimah ibrahim, 48, yang menyedari mangsa tidak pulang ke rumah pada jam 6.30 petang, pergi ke pengkalan nelayan bertanya mengenai suaminya.

Menurutnya, penduduk, Amirul Asyraf Ramli, 23, kemudianya keluar ke laut mencari Zakaria di kawasan mangsa menahan pukatnya, pada 4.30 petang.

Farima berkata, Amirul kemudiannya mendapati bot gentian kaca yang dinaiki suaminya tersadai di tepi pantai dekat Pantai Rantau Abang, Dungun, tetapi mangsa gagal dikesan.


FOTO penduduk mengangkat pukat dalam bot mangsa yang dipercayai jatuh ke laut. Bot itu ditemui tersadai di pantai Kampung Jambu Bongkok, Marang. FOTO Rosli Ilham

"Amirul kemudiannya balik ke pengkalan memaklumkan kejadian itu kepada saya dan penduduk lain," kata Fatimah.

Lima bot nelayan kemudiannya keluar mencari mangsa namun hampa.

Isteri mangsa kemudiannya pergi ke Balai Polis Merchang untuk membuat laporan, kira-kira 6 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2017 @ 8:28 PM