Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah menjelang perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 14 Ogos. FOTO ihsan Royal Press Office
Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


TIGA jalan utama iaitu Jalan Ayer Molek, Jalan Yahya Awal dan Jalan Dato Onn akan ditutup hingga majlis perkahwinan puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dengan bakal suaminya, Dennis Muhammad Abdullah, esok selesai.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, semua laluan berkenaan akan ditutup bermula 6 petang esok bagi memastikan kelancaran majlis.

"Lain-lain jalan akan ditutup secara berperingkat bagi memberi laluan pergerakan tetamu kenamaan (VIP) ke lokasi majlis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, seramai 129 anggota polis akan bertugas bagi memastikan kelancaran majlis perkahwinan diraja itu esok.

"Sehubungan itu polis memohon orang ramai mematuhi arahan anggota trafik yang bertugas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2017 @ 11:45 AM