Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


BANGUNAN Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Menara Kastam Johor di Larkin antara bangunan tinggi di negeri ini yang dilaporkan bergegar berikutan gempa bumi 6.4 skala Richter di selatan Sumatera, Indonesia pagi ini.

Sumber bomba berkata, pihaknya menerima aduan berhubung gegaran di bangunan berkenaan pada 11.23 pagi tadi.

Sementara itu kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, satu gempa bumi kuat berlaku pada 11.08 pagi ini.

Ia berada di koordinat 4.0 selatan dan 101.4 timur di selatan Sumatera iaitu 78 kilometer dari barat daya Bengkulu, Indonesia.

Ia juga berkedudukan 363 kilometer dari barat daya Pontian, Johor.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2017 @ 1:27 PM
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba membantu pergerakan kakitangan dan orang ramai yang mengosongkan bangunan di Menara LHDN akibat kejadian gempa bumi 6.4 skala Richter yang berlaku di Sumatera. FOTO ihsan APM Johor