AZMAN (kiri) beramah mesra dengan wakil NGO selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada 10 NGO di Kota Bharu hari ini. FOTO Syamsi Suhaimi
Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my


TELEKOM Malaysia (TM) Kelantan menyumbangkan RM10,000 kepada setiap 10 badan bukan kerajaan (NGO) yang terpilih di Kelantan sempena kempen #KeajaibanSejutaPelangganUnifi.

Antara NGO yang terpilih menerima sumbangan itu termasuklah Persatuan Kebajikan Al Rahman, Pusat Jagaan Raudhah Sakeenah, Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (YAATIM) dan Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa Al-Qamariah.

Pengurus Besar TM Kelantan,Azman Yusof berkata, kempen #KeajaibanSejutaPelangganUnifi adalah yang julung kalinya diadakan di negeri ini.

Katanya, sempena kempen berkenaan, Kumupulan TM memilih 100 NGO dari seluruh negara selepas pihaknya mencapai sasaran pelanggan Unifi ke sejuta pada Jun lalu.

"Di Kelantan, kami memilih 10 NGO yang pernah menjalinkan kerjasama dengan TM selain rekod-rekod yang sudah ada sebelum ini.

"Saya berharap dengan sumbangan yang diberikan ini akan dapat membantu pihak pengurusan menguruskan NGO di bawah kepimpinan masing-masing,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada 10 NGO Terpilih di Hotel Diamond, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2017 @ 6:02 PM