KL Hunters merangkul kejuaraan LoL The Legends Circuit 2017. FOTO Afiq Hanif
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Pasukan Lembah Klang, KL Hunters merangkul kejuaraan LoL The Legends Circuit 2017 sempena Selangor Cyber Games sekali gus membawa pulang wang tunai RM20,000.

Lebih manis pasukan dianggotai enam remaja itu layak mewakili Malaysia ke Garena Premiere League Summer di Bangkok, Thailand yang berlangsung 25 hingga 27 Ogos ini.

Tempat kedua dimenangi Eternity Esports manakala Nirvana Gaming menduduki tempat ketiga membolehkan masing-masing memperoleh RM12,500.

KL Hunters antara pasukan cemerlang dalam permainan League of Legends dan bertanding di peringkat antarabangsa seperti Korea Selatan, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Pasukan terbabit turut mendapat tajaan syarikat telekomunikasi terkemuka, Digi Telecommunications Sdn Bhd.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2017 @ 10:33 PM