ALLAHYARHAM Shamsudin Husin
Baharom Bakar


WARTAWAN sambilan Harian Metro (HM), Shamsudin Husin, 64, meninggal dunia kerana masalah jantung di Klinik Kesihatan Seri Bandi, Chukai, Kemaman, hari ini.

Shamsudin dikatakan dibawa ke Klinik Kesihatan Seri Bandi oleh keluarganya untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu demam kira-kira 10 pagi.

Rabu minggu lalu, Allahyarham dimasukkan ke wad di Hospital Kemaman (HK) selepas mengalami serangan jantung sebelum dibenarkan pulang pada Ahad lalu.

Shamsudin menyertai Harian Metro sebagai wartawan sambilan pada 2002 dan bertugas untuk membuat liputan di sekitar Kemaman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2017 @ 1:22 PM