Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman. FOTO Nasharuddin Muhammad
Suasana di luar Masjidilharam selepas selesai solat Jumaat yang sesak dengan jemaah. FOTO Nasharuddin Muhammad
Nasharuddin Muhammad
nash@mediaprima.com.my


JEMAAH haji Malaysia diingatkan supaya tidak terbabit dengan sebarang perarakan atau perhimpunan yang mungkin diadakan pihak tertentu di Tanah Suci demi menjamin keselamatan mereka.

Peringatan itu diberikan Ketua Rombongan Haji 1438 Hijrah Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat TH.

Menurutnya, hal itu kerana pihak berkuasa Arab Saudi kini mengambil langkah lebih berhati-hati bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada musim haji kali ini.

“Kita berharap jemaah haji tidak terpengaruh atau terikut-ikut dengan perhimpunan atau perarakan yang diadakan di Tanah Suci.

“Jangan terbabit sama, elakkan. Kalau boleh jangan ambil tahu langsung dengan berada berdekatan tempat perarakan dan perhimpunan.

“Jemaah haji perlu tumpukan kepada tujuan utama mereka ke Tanah Suci ini untuk beribadat dan menunaikan Rukun Islam kelima,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, jemaah haji juga dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan individu atau kumpulan yang menawarkan khidmat membayar dam, korban, tawaf dan melontar.

Katanya, Lembaga Tabung Haji (TH) tidak pernah melantik atau mengiktiraf individu atau kumpulan tertentu untuk berbuat demikian.

“€œJemaah haji diingatkan jangan terpengaruh atau terpedaya kerana dikhuatiri boleh menjejaskan ibadat yang mahu dilaksanakan.

“€œKita bimbang apa yang mereka (individu atau kumpulan tertentu) lakukan itu tidak selari dengan apa yang sudah dimuzakarahkan (Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan).

“€œJemaah yang mahu membayar dam atau korban boleh melakukannya di kaunter kewangan disediakan TH di setiap maktab penginapan,” katanya.

Sebelum ini, buat julung kali pada musim haji ini, Kementerian Haji Arab Saudi memperkenalkan gelang pengenalan diri khas yang wajib dipakai semua jemaah dari seluruh dunia.

Langkah itu sebagai keselamatan bagi membendung kemasukan jemaah haji tidak rasmi yang boleh menyebabkan kesesakan teruk ketika operasimasya’ir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2017 @ 11:43 PM