GERABAK yang tergelincir di Kepong. FOTO ihsan pembaca
Kalidevi Mogan Kumarappa


PERKHIDMATAN Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter membabitkan laluan dua hala Sungai Buloh-KL Sentral terganggu berikutan 10 gerabak kargo tergelincir di Kepong, hari ini.

Bahagian Respons Pelanggan KTM ketika dihubungi berkata, 10 gerabak membawa simen dari Simpang Batu dilaporkan tergelincir di Kepong kira-kira 1 pagi tadi.

Menurutnya, akibat kejadian itu, kelewatan perkhidmatan tren KTM Komuter dijangka 30 minit dari jadual asal membabitkan laluan Pelabuhan Klang dan Batu Caves susulan kerja membaik pulih di kawasan terjejas.

"Perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) menghala ke utara iaitu Ipoh dan Padang Besar turut mengalami kelewatan dari jadual asal.

"Sebarang perkembangan terkini berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari laman www.ktmb. com.my," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2017 @ 10:28 AM