KHALID (tengah) bersalaman bersama anggota polis yang hadir di Program Amanat Ketua Polis Negara. FOTO Sharul Hafiz Zam
Meor Riduwan Meor Ahmad


POLIS yakin dapat menyelesaikan siasatan kes pembunuhan Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, di Taman Seri Hosba, Changlun, dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketika ini pihaknya sedang meneliti laporan siasatan oleh forensik selain siasatan terhadap sembilan suspek yang ditahan setakat ini.

Beliau berkata, pada masa sama beliau dimaklumkan ada beberapa penemuan terbaru oleh pasukan penyiasat kes itu yang dapat membantu siasatan.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan berhubung penemuan itu kerana masih dalam siasatan serta mengulangi penegasan individu terbabit pembunuhan anggota berkenaan tidak akan terlepas.

"Kita yakin menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Kontinjen Kedah, hari ini yang juga kontinjen ketiga dilawatinya selepas Kontinjen Sabah dan Negeri Sembilan sebelum persaraannya.

Dalam pada itu beliau tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan baru berbanding sembilan setakat ini.

Media sebelum ini melaporkan, Abu Hashim yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, maut ditembak di rumah di Taman Seri Hosba, Changlun.

Dalam perkembangan lain, Khalid memberitahu, 79 penjawatan diluluskan kerajaan bagi menampung operasi kawalan di sempadan Malaysia -Thailand apabila Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dibuka 24 jam pada 1 Januari 2019.

Berita berkaitan

Reman disambung 4 hari lagi

Dua lagi ditahan

Siasat kaitan kongsi gelap

Mungkin ada tangkapan lagi

Pembunuh upahan yang bunuh

Suspek bunuh Sub Inspektor direman

Suspek kedua bunuh Sub Inspektor ditahan

Suspek bunuh Sub Inspektor ditahan

Arwah ditembak masa tengah berbual

Anggota polis Bukit Aman maut ditembak

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Ogos 2017 @ 1:08 PM