DUA keratan lapaoran mengenai kes berkenaan.
Adnan Ibrahim


KEMENTERIAN Kesihatan akan menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Singapura berkaitan artikel berhubung perkhidmatan kesihatan dan kakitangan perubatan negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata beliau akan berbincang dengan bahagian perundangan kementeriannya dan Kementerian Luar bagi menangani isu itu.

“Surat itu menyatakan perasaan dan pandangan kita terhadap apa yang dilakukan portal berita terbabit.

“Selepas itu, terpulang kepada Kerajaan Singapura untuk melakukan tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis peletakan batu asas pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nyior, di Sri Lalang, Kluang.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan dan Pengerusi MIC Johor, Datuk M Asojan.

Berita berkaitan

Dakwaan tak berasas

'Kita akan siasat' - Datuk Ayub Rahmat

Berita asal

25-year-old Singaporean dies after Malaysian hospital demanded cash payment before treatment

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2017 @ 4:05 PM