SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah pada perasmian ILSM Jabatan Perangkaan Malaysia, Sungkai, semalam.
Wan Asrudi Wan Hasan


Sungkai: Penubuhan Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), di sini, bertepatan dalam usaha memperkukuhkan daya saing dan tahap kepakaran sumber insan dalam bidang statistik.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, penubuhan institut itu satu pelaburan jangka panjang berimpak tinggi kepada sumber insan terlatih.

“Ia supaya mereka yang terbabit dapat lebih bersedia menguasai profesion baru ahli sains data dalam menghadapi revolusi teknologi digital yang berkembang begitu pesat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian ILSM Jabatan Perangkaan Malaysia, di sini, semalam.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah serta Raja Puan Muda, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Baginda bertitah, pencapaian sosioekonomi sesebuah negara dapat dinilai dan dipantau melalui statistik.

Titah baginda, statistik dijadikan panduan kerajaan ketika merangka pelbagai rancangan pembangunan dan mula berperanan dalam pembangunan sosioekonomi di Tanah Melayu dan Borneo pada era 1930-an.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2017 @ 6:43 AM