GOOGLE bakal menamatkan perkhidmatan storan 'cloud'nya, Drive untuk PC dan Mac bermula Mac tahun depan.

Sebaliknya, pengguna yang mahu menyimpan fail secara 'online' boleh berbuat demikian menerusi aplikasi desktop baru, Drive File Stream yang kini boleh diakses.

Dalam kenyataannya di blog rasmi syarikat berpengkalan di Silicon Valley terbabit, Google menyatakan pihaknya akan menghantar notifikasi rasmi mengenai pemindahan bermula Oktober nanti.

Google Drive digunakan meluas untuk menyimpan fail termasuk dokumen, foto dan video yang boleh diakses menggunakan aplikasi dekstop ditawarkan percuma untuk kapasiti sehingga 15GB.

Bagaimanapun, nasib Google Drive untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar masih kekal seperti biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2017 @ 5:44 PM