DZULKIFLI (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz (dua kiri) dan Ketua Staf Pejabat Eksekutif Persuruhjaya, Datuk Norazlan Razali (dua kanan) melancarkan logo 50 tahun jubli emas SPRM sempena Kempen Pencegahan Rasuah di Pengangkutan Awam SPRM bersama Prasarana Berhad. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


SIASATAN berhubung pembelian hotel di Kensington, London dan di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC) dijangka selesai pada bulan ini.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum memutuskan mana-mana individu untuk didakwa termasuk Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Datuk Zakaria Arshad.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, siasatan terhadap isu berkenaan sudah hampir selesai sebelum dicadangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk didakwa.

"Sikit saja lagi, sudah hampir selesai dan kita jangka dalam bulan ini untuk mencadangkan kepada pendakwaraya sebelum didakwa.

"Saya ingin jelaskan kepada masyarakat, SPRM hanya menjalankan siasatan dan proses pendakwaan dilakukan oleh pihak pendakwaraya sama ada akan didakwa atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Pencegahan Rasuah Pengangkutan Awam SPRM bersama Prasarana Berhad di LRT Masjid Jamek di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 15 Ogos lalu, SPRM menahan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Mohd Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 2.40 petang untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian dua hotel oleh FIC antara 2014 dan 2015.

Berita berkaitan:

Sabar dan tunggu...

TEXT

SPRM tahan Isa

Selesai rakam percakapan

Beri keterangan lagi [METROTV]

Dibebaskan dengan bon jaminan RM200,000

FIC: Peguam, pembantu pula direman [METROTV]

Dua ditahan

7 jam pegawai SPRM penuhkan beg

Ambil dokumen berkaitan pembelian dua hotel

Direman empat hari [METROTV]

Bekas CEO FIC ditahan SPRM

Tiga syarikat diserbu

SPRM serbu 6 lokasi

SPRM kumpul maklumat [METROTV]

SPRM siasat pembelian satu lagi hotel FIC di Kuching

SPRM tahan 2 suspek kes beli hotel di London

Nik Azman bantu siasatan beli hotel

Lapan jam SPRM 'punggah' FIC [METROTV]

SPRM buka siasatan pembelian hotel 4 bintang

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2017 @ 2:20 PM