HM Digital
am@hmetro.com.my


HARGA runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 1 sen dan 4 sen seliter manakala diesel naik 9 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik 1 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.21 seliter berbanding RM2.20 seliter manakala harga RON97 naik 4 sen kepada RM2.52 seliter berbanding RM2.48 seliter.

Harga baru diesel yang naik 9 sen menjadikan harga jualannya RM2.14 seliter berbanding RM2.05 seliter.

Harga baru bahan api itu berkuat kuasa dari 14 September 2017 hingga 20 September 2017.

Harga baru itu dikuatkuasa dengan kaedah mingguan setiap Rabu berbanding secara bulanan sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2017 @ 6:52 PM