ANTARA ahli keluarga yang hadir berpelukan tidak dapat menahan kesedihan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran, Kampung Keramat, Kuala Lumpur. FOTO Sairien Nafis
Helmy Abd Rahman
helmy_rahman@hmetro.com.my


KERAJAAN Terengganu kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang ingin meraih populariti di laman sosial dengan menyebarkan gambar mayat pelajar tahfiz yang rentung dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Roslee Daud berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu mengaibkan ahli keluarga mangsa.

"Masyarakat terutama pemilik akaun laman sosial perlu lebih peka dan menjaga adab ketika guna media sosial serta elakkan daripada menularkan perkara yang boleh mengaibkan orang lain.

"Selain itu, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) harus lebih aktif dan tidak teragak-agak sekat penularan gambar mangsa rentung dalam kebakaran itu," katanya selepas menyampaikan hadiah sempena Pertandingan Perlumbaan Rakit kemerdekaan, di Dataran Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.

Pada program berkenaan, sebanyak 300 peserta yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai perlumbaan menyusuri Sungai Terengganu sejauh 4.6 kilometer bermula dari Muzium Negeri ke Pulau Warisan.

Pada pertandingan itu, Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) muncul juara dalam kategori jabatan dan agensi kerajaan, pasukan Mix Ibai dinobatkan johan kategori NGO manakala Pejabat Tanah dan Daerah Dungun pula muncul tempat pertama kategori rakit berhias.

Ketiga-tiga pasukan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

Berita berkaitan

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 2:25 PM