Tiga anggota polis mendapat perintah reman kerana didakwa menerima suapan berjumlah RM3,000. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
rnorain@hmetro.com.my


TIGA anggota polis direman seminggu di Mahkamah Majistret Kuantan untuk membantu siasatan membabitkan kes rasuah, hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman selepas dimohon Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Renifezri Mohamad.

Semua anggota polis berpangkat Konstabel dan Lans Koperal berusia lingkungan 30-an itu ditahan semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, semalam.

Mereka dipercayai menerima suapan berjumlah RM3,000 untuk tidak mengambil tindakan terhadap suspek yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Perintah tahanan reman itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 2:30 PM