Keadaan kawasan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Keramat, Kuala Lumpur. FOTO Asyraf Hamzah
Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my


MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah Kedah mengucapkan takziah kepada semua keluarga pelajar dan tenaga pengajar termasuk yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, kejadian yang berlaku di pusat tahfiz berkenaan mengingatkannya mengenai tragedi sama yang menimpa 27 pelajar Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada 1989.

"Kejadian pagi tadi amat memilukan hati saya dan saya berharap agar ahli keluarga yang terbabit dengan kejadian supaya terus tabah dengan dugaan yang menimpa ini.

"Allah S.W.T jualah yang maha mengetahui apa yang dikhendakiNya, bersama-samalah kita memanjatkan doa agar roh pelajar pelajar yang terbabit ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

"Takziah daripada saya kepada semua keluarga yang terbabit. Al fatihah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita berkaitan

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 3:13 PM