KUALA LUMPUR 14 SEPTEMBER 2017. Keadaan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar dalam kejadian pukul 5 pagi yang mengorbankan 22 pelajar dan 2 warden di Kampung Keramat, Kuala Lumpur. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALIMOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
BERNAMA

PUSAT tahfiz yang terbakar di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, hari ini tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan selain telah diubah suai daripada struktur asal, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menerima permohonan sijil perakuan berkenaan daripada pihak pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung bulan lepas, namun masih belum diluluskan.

"Mengikut pelan asal bangunan itu, ia berkonsep terbuka tetapi telah dibina tembok dan tidak ikut pelan asal.

"Bangunan ini juga belum ada kebenaran untuk beroperasi daripada pihak bomba," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian di Kuala Lumpur, hari ini.

Noh berkata, dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, hampir 29 kes kebakaran melibatkan sekolah tahfiz berlaku di seluruh negara.

"Kebanyakan (bangunan) tahfiz ini tidak mengikut peraturan,” katanya.

Beliau berkata, pengusaha sekolah tahfiz harus mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan sentiasa mengutamakan keselamatan para pelajar.

Beliau meminta pengusaha tahfiz agar mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihaknya untuk memastikan tahfiz yang beroperasi mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, bomba menerima pelan reka bentuk bagi pembinaan bangunan pusat tahfiz berkenaan pada 2015 dan telah memberikan pandangan mengenai kelengkapan kebakaran yang perlu ada.

"Dari segi pelan reka bentuk memang okey. Ada dua tangga dan merupakan satu asrama jenis terbuka," katanya.

Beliau berkata, pengusaha pusat pengajian sepatutnya perlu menghantar pelan Mekanikal dan Kejuruteraan (MNE) untuk diluluskan pihak bomba, sebelum membina bangunan tersebut.

"Apabila siap, kena panggil bomba untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan semua keperluan kita nyatakan dipatuhi tetapi dalam kes ini, bangunan itu telah disiapkan dan diduduki walaupun tanpa kelulusan pelan MNE dan pemeriksaan bomba.

"Selain itu, mereka pula buat ubah suai dalaman dengan menambah pembahagi (partition) dan menutup satu laluan keluar," katanya.

Beliau berkata, susunan katil yang terlalu rapat juga merupakan antara punca mangsa sukar untuk menyelamatkan diri.

Berita berkaitan

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 4:10 PM