SEBAHAGIAN 300 peserta sertai Larian Gegar 10,000 Langkah Merdeka di perkarangan Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my


LEBIH 300 warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat menyertai acara berjalan sejauh tujuh kilometer sempena Program Gegar 10,000 Langkah Merdeka di Tumpat, hari ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Tumpat, Dr Faizan Ghazali berkata, program itu diadakan bertujuan menyemai gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

"Selain mahu menggalakkan masyarakat dan kakitangan kesihatan membudayakan aktiviti fizikal, program ini turut diadakan untuk menunjukkan semangat cintakan negara.

"Program ini bermula seawal 8 pagi dan peserta perlu melakukan aktiviti senamrobik terlebih dahulu sebelum acara sebenar bermula,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya, sokongan daripada masyarakat sepanjang acara terbabit cukup menggalakkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 4:34 PM