Pengarah JBPM Kuala Lumpur, PKPjB Khirudin bin Drahman@Hussaini. FOTO Surianie Mohd Hanif
Nurul Hidayah Tanzizi
am@hmetro.com.my


BOMBA akan mengambil alih bangunan Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur buat sementara waktu bagi menjalakan siasatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, proses itu mungkin akan mengambil masa satu hingga tiga hari sehingga selesai siasatan.

"Kami akan meneruskan siasatan. Berdasarkan siasatan awal, kami menafikan kebakaran berlaku akibat litar pintas.

"Keputusan awal diperolehi daripada pihak forensik mendapati sistem litar elektrik mereka berada dalam keadaan baik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Khirudin berkata, pihaknya sudah mengarahkan pihak forensik dan makmal kimia bomba memberi tumpuan kepada siasatan kebakaran pusat tahfiz ini.

"Kami akan menjalankan siasatan terperinci supaya kes ini tidak berulang.

"Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana syarat dan peraturan yang ditetapkan harus dipatuhi bagi langkah keselamatan," katanya.

Berita berkaitan

Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat

Tiada sijil layak menduduki

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Azan penenang roh [METROTV]

Gurauan terakhir di Facebook

Suami baru dinikahi juga terkorban

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 6:50 PM