Jemaah surau Madrasatul Ittifaqiyah membaca Yasin ketika majlis tahlil mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, malam ini. - Foto MOHD YUSNI ARIFFIN
BERNAMA

URUSAN pengkebumian 23 mangsa kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah akan dilakukan secepat mungkin selepas proses forensik selesai dan JAWI serta MAIWP akan menguruskan dari awal hingga akhir urusan pengkebumian.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata jika mendapat persetujuan waris, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah di Karak, dalam satu liang lahad.

Menurutnya, JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) akan memberi semua bantuan diperlukan kepada mangsa yang terselamat termasuk penempatan sementara.

Asyraf berkata, seorang kaunselor juga disediakan untuk setiap keluarga bagi memastikan psikologi dan emosi mereka diurus dengan baik akibat trauma kejadian.

Beliau juga merayu keprihatinan dan rasa tanggungjawab rakyat Malaysia supaya tidak terus menularkan gambar mangsa tragedi itu.

"Dengan rasa amanah dan tanggungjawab, tolonglah jaga sensitiviti keluarga dan hormati jenazah. Jika berlaku pada keluarga kita sendiri ia pasti meruntun perasaan kita," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai berhati-hati dengan pungutan derma kilat berikutan kejadian kerana dikhuatiri terjebak dengan penipuan.

Berita berkaitan

Peluk cium pipi berulang kali

Dah dapat rasa adik nak pergi

Bagaimana nak mati syahid [METROTV]

Air mata tumpah [METROTV]

Sultan Selangor zahir ucapan takziah

Pengetua Pondok Pak Ya simpati

Bomba ambil alih bangunan tahfiz

Gurauan terakhir di Facebook

Azan penenang roh [METROTV]

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Tiada sijil layak menduduki

Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat

Tiada sijil layak menduduki

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Azan penenang roh [METROTV]

Gurauan terakhir di Facebook

Suami baru dinikahi juga terkorban

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 10:28 PM