Peserta Ekspedisi Cabaran Gunung Daik (Menjejak Warisan Melayu) di Kepulauan Riau/Lingga, Indonesia selama seminggu bermula hari ini bergambar kenangan. FOTO Zulkepli Osman
Zulkepli Osman

SERAMAI 47 pendaki yang terdiri daripada Pemuda Pekan, wakil media, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta kakitangan Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh menyertai Ekspedisi Cabaran Gunung Daik (Menjejak Warisan Melayu) di Kepulauan Riau/Lingga, Indonesia selama seminggu bermula hari ini.

Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Shahruddin Ahmad berkata, penganjuran ekspedisi dengan kerjasama Kelab Media Pahang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ini diketuai Pengarah JBPM Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin.

Ekspedisi ini bertujuan meningkatkan semangat kerjasama disiplin selain menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta terutama pemuda UMNO Pekan.

Beliau berkata demikian pada majlis pelepasan dan penyerahan bendera yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad di Bangunan UMNO Bahagian Pekan, malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2017 @ 12:49 AM