ANGGOTA bomba melakukan operasi mengesan wanita yang terjatuh ke dalam sungai di Jalan Paya Terubong.
Hadzlihady Hassan


WANITA dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai ketika menunggang motosikal di Jalan Paya Terubong, Georgetown, hari ini.

Kejadian berlaku 9 pagi, tadi ketika mangsa menunggang motosikal bersendirian di jalan terbabit.

Menurut sumber, saksi mendakwa dia melihat wanita terbabit tidak dapat mengawal motosikal sebelum terjatuh dalam sungai berhampian dan ketika itu hujan lebat dan air melimpahi jalan.

"Saksi berkenaan kemudian menghubungi balai polis memaklumkan kejadian.

"Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat dilakukan anggota Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai di lokasi kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2017 @ 11:52 AM