Mohd Khalil (tiga dari kiri) dan Dzulkifki (kanan) melepaskan Konvoi KEJAR '17. FOTO Khairunisah Lokman
Salman Hamat


SEMUA 8,000 kakitangan awam negeri Melaka diwajibkan menjadi ahli Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) sebagai memberi sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, selain itu kakitangan awam juga diminta mengajak pasangan masing-masing bersama-sama menjadi ahli GERAH.

"Dalam perancangan Melaka Maju fasa 2 turut terkandung unsur integriti, nyah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"SPRM juga boleh siasat mana-mana pegawai di negeri ini untuk banteras rasuah," katanya.

Beliau berkata, demikian pada Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (KEJAR 2017) di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka Tengah, hari ini.

Hadir sama pada program itu Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Pengarah SPRM Melaka Abu Talib Othman

Mohd Khalil, turut melepaskan konvoi motosikal berkuasa tinggi KEJAR '2017 yang meneruskan perjalanan ke Johor.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2017 @ 5:00 PM