SUSPEK guru berusia 51 tahun diiringi anggota polis untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret 1 Kuching. FOTO Mohd Radzi Bujang
Ekhwan Haque Fazlul Haque


MAHKAMAH Majistret Kuching, di Petra Jaya, membenarkan perintah reman tujuh hari, bermula hari ini, terhadap guru yang disyaki merogol pelajarnya di Siburan.

Suspek berusia 51 tahun yang memakai pakaian lokap itu tiba di kompleks mahkamah, pada 9.15 pagi.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Zulhairil Sulaiman selepas dimohon pegawai penyiasat Inspektor Nurliza Md Ruzli.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Berita berkaitan

Guru jenis apa ni?

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 September 2017 @ 10:29 AM