GAMBAR ihsan ITIS
Nadzreen Shah Mat Salim


BUMBUNG lori pasir tertanggal selepas melanggar belakang lori pasir lain di Bulatan Billion, Cheras, Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Ranger Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zul-Atfi Abdul Wahid Amin berkata, kejadian pada kira-kira 5 pagi.

Menurutnya, mangsa, Mohamad Faizal Noh Othman, 38, hanya mengalami luka dalam kejadian itu.

"Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati lori muatan pasir merempuh belakang lori pasir menyebabkan bumbung kepala lori itu tertanggal dan tercampak ke bahu jalan.

"Kejadian mengakibatkan kesesakan lalu-lintas di lokasi kejadian kerana laluan terpaksa ditutup," katanya.

Zul-Afti berkata, pihaknya menunda lori itu menggunakan bantuan kren DBKL.

"Laluan dibuka semula kepada pengguna jalan raya pada 9.30 pagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 September 2017 @ 11:19 AM