Rudy Syareme Sheriffudin


SERAMAI 108 mangsa membabitkan 34 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Masyarakat Teluk Kumbar akibat banjir kilat sejak 9 pagi hari ini.

Hujan sejak jam 3 pagi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air sedalam 0.7 meter hingga 1.6 meter.

Antara kawasan dinaiki air termasuk Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Sungai Batu, Bayan Baru, Paya Terubong, Air Itam dan Bayan Lepas.

Turut dinaiki air Jalan Bukit Tengah, Taman Mutiara Jalan Tembikai, Bukit Mertajam, Taman Usaha, Lorong Usahajaya, Taman Senangin, Taman Nibong Tebal dan Jalan Bukit Teh, Seberang Perai Selatan.

Laporan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan situasi terkawal dan Jabatan Meteorologi meramalkan hujan berterusan dan air laut akan pasang kemuncak pada jam 12 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 September 2017 @ 1:28 PM
Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan banjir kilat berlaku di Kampung Kulup, Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal