MOHAMMAD Rani cedera tangan kiri selepas perangkap sampah di bilik air rumahnya di Taman Kota Perdana, Seri Kembangan, malam semalam. FOTO ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


LELAKI warga emas berusia 68 tahun, Mohammad Rani, cedera tangan kiri apabila tangannya tersepit dalam lubang saluran air selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Taman Kota Perdana, Seri Kembangan kira-kira, 7 malam semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.12 malam sebelum enam anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati tangan kiri mangsa termasuk ke dalam lubang saluran air di bilik air berkenaan.

"Anggota bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa dengan membuat lubang kecil di permukaan saluran berkenaan," katanya.

Katanya, mangsa yang juga pesara polis itu hanya cedera ringan dan dibawa ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2017 @ 12:37 PM