Laporan mengenai banjir di Kedah dan Perlis semalam.
Laporan mengenai banjir di Kedah dan Perlis semalam.
Muhaamad Hafis Nawawi dan Muhammad Mustakim Ramli


SESI pembelajaran di semua sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa daerah di Kedah berjalan seperti biasa esok.

Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berkata, setakat ini tiada sekolah di negeri ini yang akan ditutup akibat banjir.

Menurutnya, proses pembelajaran di sekolah berjalan seperti biasa menggunakan makmal komputer, bilik perpustakaan dan bilik khas di sekolah berikutan kelas digunakan sebagai PPS.

"Sehingga hari ini tiada sekolah yang ditutup akibat banjir namun ada beberapa sekolah yang dijadikan PPS hanya menggunakan beberapa kelas sahaja.

"Proses pembelajaranakan diteruskan seperti biasa menggunakan makmal komputer, bilik perpustakaan dan bilik khas, " katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sebanyak tujuh sekolah di tiga daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di negeri ini.

Di Kota Setar sahaja, empat PPS di buka di sekolah iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, SK Bukit Pinang, SK Seri Gunung dan SK Alor Mengkudu.

Kubang Pasu pula dua PPS dibuka di sekolah iaitu di SK Kodiang Lama dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahawangsa manakala di di Pokok Sena, hanya sebuah sekolah dijadikan PPS iaitu di SK Bukit Hijau.

Sementara itu, di Perlis Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera di Jalan Sekolah Derma, Kangar, ditutup sementara waktu susulan banjir yang melanda kawasan berkenaan sejak Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Izmi Ismail, berkata, tempoh berapa lama sekolah berkenaan itu ditutup bergantung kepada situasi semasa.

“€œApabila air sudah surut dan keadaan sekolah boleh beroperasi JPN akan memaklumkan kepada waris.

“€œSK Seri Indera ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini, bagi sekolah lain termasuk enam yang dijadikan pusat pemindahan sesi persekolahan berjalan seperti biasa,”€ katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini JPN memberi kelonggaran kepada pelajar yang terbabit dalam banjir untuk datang ke sekolah dengan memakai pakaian biasa.

Waris juga dinasihakan untuk tidak bimbang dengan peralatan alat tulis atau buku yang rosak, sebaliknya memastikan anak mereka hadir ke sekolah seperti biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2017 @ 1:04 PM