Keadaan SK Seri Indera di Perlis dan SK Seri Banai di Jitra, Kedah, yang ditenggelami banjir. - Foto Ihsan JPN Perli dan AMRAN HAMID
Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


TIGA sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera di Perlis, SK Seri Banai serta SK Bukit Hijau ditutup esok akibat banjir.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan sementara sekolah terbabit dibuat oleh Jabatan Pendidikan negeri masing-masing.

Menurutnya, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Izmi Ismail memaklumkan keadaan fizikal dan persekitaran sekolah masih tidak selamat untuk digunakan.

Penutupan itu melalui cuti berganti khas itu hanya membabitkan 787 murid manakala guru serta kakitangan sekolah akan bertugas seperti biasa.

"Di Kedah, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Datuk Azuyah Hassan mengarahkan SK Seri Banai ditutup kerana kawasan sekolah ditenggelami air dan bekalan elektrik terputus.

"Bagi SK Bukit Hijau pula, ia ditutup kerana laluan ke sekolah terputus yang membahayakan 198 murid.

“Sekolah itu juga dijadikan penempatan sementara mangsa penduduk sekitar yang terjejas akibat banjir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2017 @ 8:15 PM