Rudy Syareme Sheriffudin


POLIS memburu penunggang motosikal yang melarikan diri selepas terlanggar seorang wanita yang melintas jalan dalam kejadian di Sungai Nibong, Georgetown, pada petang Isnin lalu.

Video rakaman sepanjang 29 saat itu tular di media sosial sejak semalam menunjukkan seorang wanita melintas jalan sebelum dilanggar penunggang motosikal.

Akibat rempuhan itu, wanita itu tercampak dan penunggang terbabit hanya melihat beberapa ketika sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Beberapa pemandu kereta turut tidak membantu mangsa sebelum wanita itu bangun dan berjalan dalam keadaan kesakitan.

Orang ramai yang memiliki maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 September 2017 @ 10:04 PM
Rakaman video wanita dilanggar penunggang motosikal yang tular.