IHSAN Polis Diraja Malaysia
IHSAN Polis Diraja Malaysia
Amrullah Abdul Karim


PENUNGGANG motosikal besar maut dalam dengan kereta di Kilometer 44.5 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat kedai perabot di Batu 30, Hulu Yam, hari ini.

Muhammad Nur Syazwan Mohd Zamri, 21, yang menunggang Kawasaki ZR800-A meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan 6.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Pai, berkata siasatan mendapati dua kenderaan itu dari arah bertentangan.

"Ketika kejadian, Mercedes Benz dipandu Muhazam Mohamad, 42, dalam perjalanan dari Batang Kali ke Rawang.

"Motosikal mangsa dipercayai memotong lori dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar kereta terbabit," katanya.

Menurutnya, pemandu Mercedes itu cedera manakala keretanya terbabas masuk longkang.

Kata Lim, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

“Kes masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2017 @ 6:32 PM
Digital NSTP Subscribe