(DARI kiri) Datuk Seri Dr James Dawos Mamit, Dr Maximus, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Azman Mohd selepas sidang media mengenai Projek Janakuasa Manjung 5.

Siti A’isyah Sukaimi

Putrajaya: Kerajaan berusaha membolehkan rakyat menikmati kadar tarif elektrik yang rendah dengan memastikan penjanaan sumber tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil dan tenaga boleh diperbaharui berada pada nisbah sesuai.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, ketika ini penjanaan tenaga elektrik menggunakan arang batu membolehkan rakyat menikmati kadar tarif elektrik yang rendah berbanding negara lain.

“Untuk kita menikmati kadar tarif elektrik rendah, kita perlu mempunyai pelbagai sumber tenaga dan penggunaan arang batu ini boleh menstabilkan harga buat masa ini.

“Negara jiran tidak melakukannya dan ini menyebabkan mereka membayar dua kali ganda (tarif elektrik) berbanding kita,” katanya pada sidang media loji janakuasa arang batu terbaharu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Manjung 5 (M5), di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau berkata, arang batu menjadi bahan api terbesar digunakan dalam penjanaan elektrik di Semenanjung iaitu 52 peratus.

Katanya, selain arang batu, Malaysia turut mempunyai sumber penjanaan tenaga elektrik yang lain antaranya gas asli, tenaga hidro dan solar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 8:59 AM