MANGSA maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. FOTO Ihsan PDRM
MANGSA maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. FOTO Ihsan PDRM
Amrullah Abdul Karim


PEKERJA syarikat pembuatan kereta maut apabila motosikal ditunggang melanggar bahagian belakang kanan treler di Jalan Persiaran Ros, Bukit Beruntung, 7.30 pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, Omar Fadillah Abu Bakar, 39, yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Sungai Choh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Pai berkata, mangsa berasal dari FELDA Keratong 4, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang.

"Kejadian berlaku ketika mangsa dari arah Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa menghala ke Jalan Kilang Perodua secara tiba-tiba melanggar bahagian belakang sebelah kanan treler.

"Mangsa jatuh di jalan dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 3:44 PM