TIGA anggota TLDM di Mahkamah Majistret Seri Manjung. FOTO Abdullah Yusof
Noor Hidayah Tanzizi


REMAN tiga suspek kes bunuh dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi di Sitiawan disambung tujuh hari lagi.

Ketiga-tiga suspek berusia 29, 37 dan 44 tahun itu ditahan pada 30 September lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid membenarkan ketiga-tiga lelaki terbabit dilanjutkan reman selama tujuh hari bermula esok sehingga 14 Oktober ini bagi membantu siasatan.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek yang memakai baju lokap warna jingga dan ungu tiba di Mahkamah Majistret Seri Manjung pada 8.50 pagi, hari ini dengan menaiki trak polis sebelum keluar kira-kira sejam kemudian.

Dalam kejadian pada 29 September lalu, dua anggota TLDM yang ditahan di bilik tahanan berkenaan iaitu Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru dipercayai akibat didera.

Selain itu, dua anggota lain yang cedera masing-masing berusia 30 tahun juga dipercayai didera di pusat tahanan sama kini dirawat di bilik khas di 96 Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut.

Sehingga kini, polis sudah menahan tujuh orang kesemuanya bertugas sebagai pengawal bilik tahanan, dengan lima daripadanya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berikutan kematian dua anggota pasukan itu.

Semalam, reman dua lagi suspek berusia 29 dan 37 tahun yang ditahan mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan dilanjutkan tiga hari lagi bermula hari ini.

Berita berkaitan

Reman dua anggota TLDM disambung [METROTV]

Bunuh anggota TLDM, 35 saksi dirakam percakapan

Polis ambil keterangan 7 lagi anggota, pegawai TLDM

Semak semula SOP

2 lagi anggota TLDM dilapor cedera

Mahu keadilan demi cucu

Sihat sebelum masuk bilik tahanan

Reman tujuh hari

Anggota TLDM meninggal disiasat kes bunuh

Kecederaan dalaman juga

Tiba-tiba minta maaf

Isteri kata ada unsur jenayah

Eqiey kata nak berhenti kerja

Tunggu keputusan bedah siasat

Naluri isteri LK 1 Nik Mohd Baihaqy

Anggota TLDM maut latihan fizikal

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Oktober 2017 @ 11:52 AM