HARIAN Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) diminta sekali lagi memilih Kerteh sebagai lokasi perlumbaan pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Insfrastruktur dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman berkata, beliau kagum dengan siri kedua HMMTB pada hari ini yang disertai lebih 1,000 peserta dalam dan luar negeri.

Menurutnya, perlumbaan besar seperti itu banyak membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

"Bayangkan selama dua hari, peserta datang bersama ahli keluarga mereka berkampung di sini dan mereka berbelanja di kedai runcit, kedai makan dan sebagainya sekali gus menambah pendapatan penduduk.

"Saya dimaklumkan juga hotel-hotel di sekitar Kerteh, Kemaman dan Dungun penuh ditempah," katanya selepas majlis pelepasan peserta siri kedua HMMTB 2017 Sekolah Kebangsaan (SK)Kerteh.

Ir Rosli berkata,kehadiran penaja yang menjual pelbagai barangan mereka turut memberi kemudahan kepada penduduk untuk mendapatkan produk berjenama dengan harga yang murah.

"Saya berterima kasih kepada Harian Metro yang dapat menganjurkan perlumbaan sukan berbasikal terbesar di negeri ini bertepatanVisit Beautiful Terengganu 2017 (VBT17).

"Saya mewakili kerajaan negeri mengalu-alukan perlumbaan seperti HMMTB ini dan bersedia membantu menjayakannya,"

kataya.

Menurutnya, beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan perlumbaan ini.

"Program seperti ini mampu membantu melahirkan budaya sihat dalam kalangan masyarakat,menyatukan perpaduan serta dapat melahirkan banyak pelapis sukan berbasikal negara," katanya.

Berita berkaitan:

38 Km penuh cabaran [METROTV]

Penaja meriahkan HMMTB 2017

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Oktober 2017 @ 3:56 PM
ANTARA peserta Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 di Kerteh. FOTO Rozainah Zakaria