GAMBAR hiasan
Syah Rul Aswari Abdullah


ADIK kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal iaitu Hamid Apdal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 9.30 malam tadi.

Sumber yang rapat dengan SPRM berkata, Hamid, 52, yang juga ahli perniagaan ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu.

"SPRM akan memohon perintah reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, esok," katanya.

Sumber sama berkata, pada 3 petang tadi, lima pegawai dan anggota SPRM menggeledah rumah Hamid di Putatan, sebelum merampas beberapa barangan dan dokumen.

"Mereka berada di rumah Hamid selama tiga jam, sebelum keluar kira-kira 6 petang," katanya.

Setakat ini, enam individu termasuk empat ahli politik sudah ditahan reman di Sabah dan Putrajaya bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes berkenaan.

Di Sabah, individu yang ditahan reman adalah Naib Presiden WARISAN Datuk Peter Anthony, 46, dan Ketua Wira parti itu, Datuk Mohd Azis Jamman, 43.

Tiga lagi adalah Ketua Penerangan Pemuda UMNO merangkap Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar, 43; Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim, 44, dan seorang lagi ahli perniagaan, Yu Sin Kong, 52.

Di Putrajaya, seorang wanita berusia 40 tahun yang juga bekas Timbalan Setiausaha di kementerian persekutuan turut ditahan reman bagi membantu kes sama.

SPRM sebelum ini mendedahkan siasatan kes penyelewengan dana kementerian persekutuan di Sabah membabitkan nilai RM1.5 bilion.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut

Ia berdasarkan peruntukan RM7.5 bilion untuk pelbagai projek pembinaan infrastruktur di negeri itu antara 2010 dan 2015.

Berita berkaitan:

Adik Shafie Apdal pula dipanggil SPRM

Penyokong penuhi perkarangan mahkamah [METROTV]

Mohd Azis disiasat SPRM sekali lagi

Shafie sedia bantu siasatan

SPRM dah kenal pasti 32 individu

Naib Presiden WARISAN direman [METROTV]

Apa? Seleweng RM180 juta [METROTV]

Seleweng RM1.5 bilion

Pemimpin kanan WARISAN antara tiga ditahan SPRM

SPRM ‘mengganas’ lagi, RM29 juta disita

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2017 @ 10:30 PM