Siti A'isyah Sukaimi


SEORANG wanita yang juga bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian dilanjutkan reman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan penyelewengan dana kira-kira RM1.5 bilion daripada kerajaan untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh di Mahkamah Majistret Putrajaya sehingga 17 Oktober ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek yang berusia 40 tahun itu adalah antara tiga individu yang ditahan pada 5 Oktober lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Semalam, Harian Metro melaporkan, adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal iaitu Hamid Apdal ditahan SPRM jam 9.30 malam semalam.

Sumber yang rapat dengan SPRM dilaporkan berkata, Hamid, 52, yang juga ahli perniagaan ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu.

Di Sabah, individu yang ditahan reman adalah Naib Presiden WARISAN, Datuk Peter Anthony, 46, dan Ketua Wira parti itu, Datuk Mohd Azis Jamman, 43.

Tiga lagi ditahan adalah Ketua Penerangan Pemuda UMNO merangkap Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar, 43; Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim, 44, dan seorang lagi ahli perniagaan, Yu Sin Kong, 52.

SPRM sebelum ini mendedahkan siasatan kes penyelewengan dana kementerian Persekutuan di Sabah membabitkan nilai RM1.5 bilion.

Ia berdasarkan peruntukan RM7.5 bilion untuk pelbagai projek pembinaan infrastruktur di negeri itu antara 2010 dan 2015.

Berita berkaitan:

Adik Shafie Apdal ditahan

Adik Shafie Apdal pula dipanggil SPRM

Penyokong penuhi perkarangan mahkamah [METROTV]

Mohd Azis disiasat SPRM sekali lagi

Shafie sedia bantu siasatan

SPRM dah kenal pasti 32 individu

Naib Presiden WARISAN direman [METROTV]

Apa? Seleweng RM180 juta [METROTV]

Seleweng RM1.5 bilion

Pemimpin kanan WARISAN antara tiga ditahan SPRM

SPRM ‘mengganas’ lagi, RM29 juta disita

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2017 @ 12:37 PM
Bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian (kiri) dilanjutkan reman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan penyelewengan dana kira-kira RM1.5 bilion daripada kerajaan untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor