Pergelangan tangan dan jari kiri Abdul Majid tersepit pada mesin tebu, semalam dan keadaannya kini stabil selepas menjalani pembedahan. FOTO ihsan pembaca
D J Dolasoh
am@hmetro.com.my

PENIAGA air tebu warga emas parah pada pergelangan tangan kiri dan empat jari selepas tersepit mesin tebu ketika berniaga di pasar malam Kampung Bandariang, Gerik, semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, Abdul Majid Beran, 71, dari Kampung Bandariang dibawa ke Hospital Taiping (HT) dan keadaannya kini stabil selepas dibedah

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Che Isa berkata, isteri mangsa mematikan suis mesin tebu selepas melihat tangan suaminya tersepit.

“Pergelangan tangan kiri dan empat jari mangsa termasuk ke dalam mesin tebu. Isterinya yang melihat kejadian itu segera mematikan suis mesin tebu.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) dan keadaannya stabil selepas menjalani pembedahan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2017 @ 12:20 AM
Teruskan ke laman Harian Metro »