Wan Nur Sakina. FOTO ihsan PDRM
Mohd Sabran Md Sani


IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam mengesan seorang saksi, Wan Nur Sakina Mohamad Tawpik, 16, untuk hadir perbicaraan bagi satu kes bunuh di Mahkamah Tinggi 3 di Komplek Mahkamah Tinggi Johor Bahru, pada 31 Oktober ini.

IPD berkenaan dalam satu kenyataan meminta remaja berkenaan hadir bagi kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bermula jam 8.30 pagi.

"Sehubungan dengan itu, saksi berkenaan dikehendaki hadir untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu nanti.

"Berdasarkan rekod, saksi berkenaan beralamat di Nombor 99, Kampung Sentosa Jalan Persiaran 2/6, Pasir Gudang." katanya.

Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan saksi itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd Zuhaili Saleh di talian 017-7000092 atau 07-3864222 atau mana-mana balai berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2017 @ 2:48 PM