Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


TIGA lelaki yang aktif melakukan pecah rumah dan kilang sekitar negeri ini dikenali sebagai 'Geng Yus Bumbung' ditahan polis dalam serbuan di Georgetown, Rabu lalu.

Dalam serbuan 5.30 pagi itu, mereka yang berusia antara 33 hingga 38 tahun ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, suspek mengaku melakukan 35 kes pecah rumah dan kilang sekitar daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Selatan.

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai barang kes seperti telefon bimbit, komputer riba dan peralatan pecah rumah.

"Hasil siasatan, suspek mengaku melakukan pecah rumah dan kilang dengan masuk melalui bumbung.

"Semua mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 456 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2017 @ 1:30 PM
Anbalagan (dua dari kanan) menunjukkan peralatan pecah rumah dan barang kes yang dirampas. FOTO Amir Irsyad Omar