Kereta Nur Jannat rosak selepas terbabas dan terbalik. FOTO Rosli Ilham
Kereta Nur Jannat rosak selepas terbabas dan terbalik. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


WANITA cedera selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik dalam kejadian di Kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Jambu Bongkok, Marang, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, Nur Jannat Mohamad Zakaria Yudin, 22, yang berasal dari Kampung Batu Sawar, Paka cedera di belakang badannya.

Mangsa yang terperangkap dalam kereta Perodua Bezza dipandunya, dikeluarkan penduduk kampung selepas melihat kejadian terbabit.

Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh Pegawai Perubatan Hospital Dungun yang kebetulan lalu di kawasan itu sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Difahamkan, ketika kejadian Nur Jannat dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas melawat rakannya yang sedang dirawat di HSNZ.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2017 @ 7:10 PM